Amateur Radio Documentary On Malaysia Television RTM 1

Wednesday, July 1, 2009

Pengenalan Radio Amatur

Apa Itu Radio Amatur?

Radio Amateur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji & berkomunikasi melalui gelombang radio. Seseorang itu juga dapat menghubungi seseorang yang lain secara individu @ berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.
Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amateur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amtur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya) . Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan.
Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARTS atau Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.
Contoh yg lain adalah seperti kejadian Tsunami, kemalangan helicopter yg jauh di Genting baru2 ini dan banjir di Pekan.Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yg kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop.Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination) . Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amateur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amateur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Hanya mereka yang lulus & diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amateur.Callsign (Kod panggilan)Setiap Amatuer mempunyai kod @ callsign. Di Malaysia barat kod ini 9M2 & 9W2. Di Serawak 9M8 & 9W8 & di Sabah 9M6 & 9W6. 9M ialah kelas A yang lulus RAE & ujian morse kod manakala 9W ianlah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.
Sebagai contoh callsign 9W2FBT.
Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan?
Kelab-kelab Radio Amatuer terdapat diseluruh Malasyia & bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman webyang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut kelab-kelab tersebut seperti:
MARTS
ASTRA
MARES
PRADAS
Dan lain-lain lagi kelab mahupun persatuan di seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment