Amateur Radio Documentary On Malaysia Television RTM 1

Saturday, February 27, 2010

Majlis Eyeball Bulanan

Semasa majlis eyeball umah Ustaz Zaid..9W2ZTR
Majlis eyeball umah bang mat nira..9W2OLC, Pada 28/12/2009

Wednesday, July 1, 2009

Asas Pengendalian Radio Amatur

Sedikit panduan dari rakan ham kepada semua rakan ham lain.


Berikut saya paparkan disini tulisan mengenai Asas Pengendalian Radio (QSO) untuk dikaji dan diperbetulkan. Serba sedikit adalah dari pengalaman dan beberapa bahan rujukan serta diterjemahkan mengikut kesesuaian. Mohon rakan-rakan semua sudi memberi komen atau pembetulan jika ada kesalahan atau kesilapan, saya dahului dengan jutaan terimakasih.

Terbahagi kepada 7 bahagian:

1. Asas Pengendalian
2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
3. Panggilan Pertama
4. Menjawab Panggilan
5. Panggilan Terus
6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan
7. Menjawab Panggilan CQ


1. Asas Pengendalian
Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai "Mode" dan "Band" dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat panggilan pertama atau "Kontek Perdana".
Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pancar Ulang (Repeater) atau terus kepada rakan yang lain (Simplex) di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.


2. Penggunaan Radio Bimbit (Handy Talkie) dan Pancar Ulang (Repeater)
Kebanyakan rakan Radio Amatur yang baru mendapat Lesen dalam Kelas B dengan "Suffix" 9W. Pada peringkat ini untuk berkomunikasi lebih jauh, yang paling asas ialah menggunakan Radio Bimbit melalui Pancar Ulang tempatan. Anggaplah anda telah mempunyai Radio Bimbit yang telah dipasangkan (Setting) dengan Frekuansi memancar (Uplink) dan menerima (Downlink) "Offset" serta "CTCSS Tone" yang betul, anda telah bersedia untuk membuat panggilan yang pertama.
Ia mungkin nampak senang dan ringkas tapi anda harus tahu Tanda Panggilan (CallSign) sebelum memulakannya. Perkara yang sebaiknya anda buat ialah meneliti sebutan 'Phonetics' jika rakan yang menerima nanti minta anda menerangkan satu persatu ejaan Tanda Panggilan (CallSign) anda.
Contoh: 9W2FBT ejaan 'Phonetics' ialah
NINE WISHKEY TWO FOXTROT BRAVO TANGO.


3. Panggilan Pertama
Untuk panduan ini anggaplah anda berada di Semananjung Malaysia iaitu dengan Tanda Panggilan bermula dengan 9W2 dan menggunakan Pancar Ulang yang boleh dijangkau untuk kawasan tersebut. Kawasan seperti Alor Setar dan yang berada dalam liputan Pancar Ulang.

1. Tekan butang PTT (Push To Talk) di Radio Bimbit anda dan sebut contohnya "9W2FBT mendengar" anda hendaklah menggunakan Tanda Panggilan (CallSign) anda sendiri.
** "9W2FBT listening"
Itu yang perlu anda buat untuk mendapatkan jawapan. Jika tiada apa-apa jawapan dalam masa yang lama. Anda mungkin cuba memanggil lagi sekali, tapi kali ini dengan menyebut "9W2FBT memantau dan mendengar panggilan".
** '9W2FBT is monitoring and listening for a call'
Kebiasaanya anda tidak perlu membuat panggilan "CQ" di Pancar Ulang walaupun ia tidak menjadi kesalahan. Kita akan membincangkan mengenai panggilan "CQ" nanti.


2. Anda mendapat jawapan contoh seperti "9W2FBT, disini 9W2KOR di Changlun kembali. Nama saya Korie. Kembali kepada anda".

** "9W2FBT, this is 9W2KOR at Changlun returning. My name is Korie. Back to you."

Pada peringkat ini anda hanya perlu tunggu 3 saat sebelum menjawab semula panggilan tadi.

3. Tekan butang PTT dan jawab.


Pada peringkat ini perbualan atau perbincangan adalah bergantung kepada apa yang ingin anda bincangkan atau ketahui. Beri Nama, Lokasi dan apa-apa maklumat yang ingin anda maklumkan kepada rakan baru anda serta akhiri perbualan anda dengan mengatakan "Ganti" atau "Kembali kepada anda".

** "Over" or "Back to you."


Ada baiknya jika anda menyebut Tanda Panggilan kerap setelah perbualan atau transmisi yang panjang dibuat dengan menyebut

"9W2KOR disini 9W2FBT Ganti".

** "9W2KOR this is 9W2FBT. Over."


Penggunaan "Ganti" (Over) atau "Kembali kepada anda" (Back to you) adalah satu isyarat kepada rakan selepas anda yang anda telah selesai bercakap dan tiba giliran beliau untuk bercakap.


4. Pada akhir perbualan atau perbincangan anda akan mengucapakan Salam atau 73 dan keluar dari jaluran dengan mengucapkan "9W2KOR disini 9W2FBT keluar dan memantau."


Itu jika anda masih ingin memantau di jaluran. Jika tidak anda hendaklah mengatakan ".... keluar dan QRT." sebagai ganti.

** "9W2KOR this is 9W2FBT clear and monitoring." or "...clear and QRT"

4. Menjawab Panggilan


Menjawab panggilan melalui Pancar Ulang dengan Radio Bimbit adalah serupa seperti mana yang dibincangkan diatas iaitu orang sebaliknya memanggil anda. Anda akan mendengar 9W2KOR memanggil di Pancar Ulang dan jawab seperti berikut selepas 3 saat dari panggilan tamat:

1. "9W2KOR disini 9W2FBT. Selamat Pagi. Nama saya Zulhilmi dan Lokasi saya di Felda Bukit Tangga. Kembali kepada anda."

** "9W2KOR this is 9W2FBT. Good morning. My name is Zulhilmi and my location is Felda Bukit Tangga. Over to you."

2. Secara asasnya pertukaran Tanda Panggilan adalah seperti telah dibincangkan diatas. Pastikan anda memperkenalkan Stesen anda sekali sekala dan seharusnya memperkenalkan diri anda jika ada stesen yang baru menyertai perbualan (QSO) anda.

5. Panggilan Terus


Panggilan Terus (Simplex) adalah panggilan yang dibuat terus kepada rakan anda tanpa menggunkan Pancar Ulang (Repeater). Samada anda menggunakan Jalur VHF, UHF atau HF prosedur adalah sama. Panggilan yang anda buat adalah terus kepada rakan anda menggunakan Jalur dan Frekuasnsi yang sama tanpa perlu melalui Pancar Ulang.
Walaubagaimanapun ia bergantung penuh dengan "Antenna" dan propogasi untuk HF, adalah perlu anda menentukan kesesuaian"Tuning" "Antenna" sebelum memulakan panggilan anda.

6. Memanggil CQ untuk membuat panggilan

Anggaplah anda mengendalikan panggilan HF di 10 meter band.


1. Mulakan dengan mencari frekuansi yang terang contoh seperti 28.360 Mhz. Bercakap dengan terang dan jelas "Adakah frekuansi ini digunakan? Disni 9W2FBT." Jika anda tidak mendapat apa-apa jawapan dalam jangkamasa yang agak lama buat panggilan kali kedua sebagai kepastian. Jika masih tiada jawapan maka boleh lah pergi ke langkah yang kedua. Jika ada rakan mengatakan frekuansi tersebut digunakan pindah ke frekuansi yang lain yang lebih jelas dan cuba lagi dengan panggilan anda.
Jika anda dijemput bolehlah menyertai perbincangan atau berkenalan dengan rakan baru, anda hendaklah memperkenalkan diri jika itu panggilan pertama anda dengan rakan yang sedia ada di Jaluran tersebut.

** "Is this frequency in use? This is 9W2FBT."

2. Buat panggilan "CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango memanggil CQ CQ CQ. Disini Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango, Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango memanggil CQ dan menunggu panggilan."

** "CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango calling CQ CQ CQ. This is Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango, Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango calling CQ and waiting for a call."

Sekarang anda tunggu dan dengar jawapan kepada panggilan anda. Berada di Jalur 10 meter HF berkemungkinan anda akan mendapat jawapan dalam keadaan yang amat jelas hingga amat sukar untuk didengar.

3. Jika anda mendengar contohnya "Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango disini Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo memanggil."

4. Anda hendaklah menjawab dengan "Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo disini Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango. Terima Kasih atas panggilananda. Terima anda dengan kekuatan 5 9. Nama saya Zulhilmi dan QTH di Felda Bukit Tangga. Bagaimana anda terima saya? Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo disini Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango ganti."

** Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo this is Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango. Thanks for the call your signal is 59. My name is Zulhilmi and my QTH is Felda Bukit Tangga. So how do you copy? Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo this is Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango over."

Anda telah membuat panggilan pertama anda dalam Jalur HF. Pada tahap ini anda boleh membuat panggilan atau QSO selama mana anda suka atau mampu bergantung kepada keadaan jalur serta propogasi.

5. Anda boleh mengakhiri perbualan anda (QSO) dengan mengumumkan diudara kedua-dua tanda panggilan dan keluar dari jaluran.

Contoh: "...terima kasih Korie untuk panggilan dan 73 kepada anda dan keluarga. Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo disini Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango keluar dari jalur."

** "... thanks Korie for the contact and 73 to you and your family. Nine Whiskey Two Kilo Oscar Romeo this is Nine Whiskey Two Foxtrot Bravo Tango signing off."

Apa yang harus anda lakukan jika lebih dari satu stesen yang menjawab panggilan anda? Jika anda boleh mendengar dengan jelas salah satu dari stesen tersebut, jawab seperti mana yang dibincangkan diatas. Dalam masa anda berbincang, semasa anda bertukar stesen anda boleh memberi masa 3 - 5 saat untuk stesen satu lagi untuk masuk ke jalur jika stesen tersebut boleh memancar dengan jelas.
Jika anda hanya mendengar separuh dari tanda panggilan, mungkin seperti 'OSCAR ROMEO' anda boleh menggunakan cara seperti diperingkat ke 4 diatas dengan memulakan panggilan dengan menyebut "stesen dengan OSCAR ROMEO’' sila buat panggilan anda." Bila anda telah mendengar tanda panggilan dengan lengkap anda boleh terus menggunakan cara pada peringkat ke 4 diatas.

7. Menjawab Panggilan CQ


Mulakan dengan menala (tuning) frekuansi dalam jarak yang anda dibenarkan dan cari stesen yang membuat panggilan CQ. Untuk menjawab kepada stesen yang membuat panggilan adalah serupa seperti proses yang dibincangkan diatas. Perbezaan yang akan anda hadapi selepas anda mejawab panggilan CQ ialah anda akan mendapati stesen yang lain juga memanggil dan panggilan anda mungkin lambat dijawap. Jika berlaku situasi begiini, tunggu sehingga stesen yang sedang berkomunikasi selesai dan cuba semula. Jika anda tidak mahu menunggu bolehlah anda menala ke frekuansi yang lain yang berkemungkinan ada panggilan CQ dan mula mejawab panggilan tersebut.


Saya dahului dengan Terima Kasih atas bantuan rakan2 semua.

Pengenalan Radio Amatur

Apa Itu Radio Amatur?

Radio Amateur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji & berkomunikasi melalui gelombang radio. Seseorang itu juga dapat menghubungi seseorang yang lain secara individu @ berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.
Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amateur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amtur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya) . Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan.
Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARTS atau Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.
Contoh yg lain adalah seperti kejadian Tsunami, kemalangan helicopter yg jauh di Genting baru2 ini dan banjir di Pekan.Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yg kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop.Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination) . Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amateur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amateur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.
Hanya mereka yang lulus & diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amateur.Callsign (Kod panggilan)Setiap Amatuer mempunyai kod @ callsign. Di Malaysia barat kod ini 9M2 & 9W2. Di Serawak 9M8 & 9W8 & di Sabah 9M6 & 9W6. 9M ialah kelas A yang lulus RAE & ujian morse kod manakala 9W ianlah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.
Sebagai contoh callsign 9W2FBT.
Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan?
Kelab-kelab Radio Amatuer terdapat diseluruh Malasyia & bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman webyang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut kelab-kelab tersebut seperti:
MARTS
ASTRA
MARES
PRADAS
Dan lain-lain lagi kelab mahupun persatuan di seluruh malaysia

9W2FBT

Zulhilmi